mereka yang cantek dan kacak :)

Wednesday, November 16, 2011

bukannya tak nak update

hyep,budak-budak comel (: sekarang busy gila sampai tak sempat online..huwaa!exam dah dekat..aku asyik main ja.mcm manala nak dapat 4flat kan?berangan je lah!xbole dpt pun..kalau ada rezeki .dapatla .Inshaallah,Amin (: so,guys tengah buat apa?Ah,bukan aku nampak pun hampa buat apa.selamat pagi yaw!aku punyala malas nak study.tolongla aku!kembalikan mood study aku.hehe.semoga bergumbira bersama keluarga yo!bagi yang sedih,tolongla gembira..!bagi yang gembira,tolongla sedih!glup!hehe~pray 4 me yah! (:
byebye

Wednesday, November 2, 2011

tak dak mood


okay,aku tak dak mood .sbb?balik lewat pastu tetiba dihina oleh orang yg aku rasa tak patut hina aku. :( arini memang tak larat sungguh tapi alhamdulillah,tak pening macam selalu sebab aku minum air sebab aku minum air banyak kat skul..makcik kantin terkejut sebab asyik aku ja beli air!haha..dia kata aku paling kuat minum air..aku explain la kat dia yang aku ada thalasemia dan tiroid :( Alhamdulillah,aku belajaq dengan penuh perhatian.aku kan budak paling jahat kat skul tapi dah insaf sbb exam nak dekat,kalau exam lambat lagi,aku mmg lambat lagi la nak insaf..
selamat bergumbira .jangan berduka ye!
hidup xde dugaan tak dinamakan kehidupan (:

Tuesday, November 1, 2011

NO WAR !


aku sangat berharap yang takdak peperangan dalam dunia nie.tapi tu la,'orang yang zalim' sentiasa menindas orang yang tak bersalah.bagi aku kan,orang barat sentiasa dengki dengan pemikiran dan kemajuan orang Islam.mereka telah mengadakan propaganda dan cerita2 yang tak logik.ni yang buat aku geram..tapi sekarang aku tengok kan,orang yang menindas orang lain,dah dapat balasan.aku takmau la ckp byk,satgi depa xbg aku tulis belog pulak.mana la tau,orang barat nak block aku lepas aku buat entry ni.kesian kat aku nanti.. :( selamatkan umat Islam.pertahankan agama kita :) 
inshaallah (:
sekian
                                                                                                         daripada :aku yang benci peperangan !
                                 

tarikh cun :) 01.11.2011


01.11.2011
nice what?

TAPI 

semua orang menantikan 
11.11.11
lagila cantekkk kan?
masa ni la ramai yang nak kawin ..ramai yang nak 'terberanak' XD
next year,tunggu 12.12.12 pulak la kan ..lepas tu tak bole dah 13.13.13(xwujud XD)

syarat doa makbul

hyep,aku nak share apa yang aku baca dari buku Indahnya Hidup Bersyariat  oleh Dato' Ismail Kamus.mungkin ramai yang dah beli buku yang penuh dengan pengetahuan Islam yang sebenar.


Syarat doa dimakbulkan oleh Allah s.w.t :
1) Menjaga makanan dan minuman supaya tidak terambil yang haram dan yang syubhah.sangat penting..sememangnya,kita diwajibkan makan makanan yang halal dan sentiasa yakin dengan makanan yang diambil.

2)Harta yang digunakan jelas bersih dan halal punca perolehannya.kerja yang halal dan kita haruslah sedar dan tinggalkan pekerjaan yang haram.

3)Tidak melakukan perbuatan maksiat.kadang2,kita rasa Allah tak adil sebab kita berdoa sama mcm orang lain,tapi kenapa Allah tak dengar doa kita?Jauhilah perbuatan maksiat dan dekatkanlah diri dengan Allah.Inshaallah,Allah akan mendengarnya dan memakbulkan permintaan hambaNya :)

4)Hindarkan fikiran daripada perkara-perkara yang tak baik.

banyak yang aku tambah ayat sendiri untuk bagi hampa faham.
selamat beramal,sahabat :)

Monday, October 31, 2011

balikla kepada tujuan berpolitik

Aku rasa politik kat Malaysia kotor dan tak adil.aku amat sedih sebab politik yang seharusnya bersih dihujani dengan kotoran dan dengki sesama sendiri.Alhamdulillah,rakyat Malaysia sedar akan itu.Kalau berpolitik kerana ingin mendapat glamor/kekayaan/masuk dalam paper baik tak payah.Walaupun aku baru 19 y/o ,tapi aku prihatin dengan politik,sosial,ekonomi malaysia :) sejak umur aku 13tahun aku tak penah miss tentang politik Malaysia..sebab tu aku boleh taw kebaikan dan keburukan berpolitik

Kawan-kawan aku kata walaupun kita baik,alim ,bila kita masuk politik,sure kita difitnah,dicaci..aku pun tak faham situasi tu..so,kepada ahli2 politik,balikla kepada tujuan berpolitik.buang fikiran berpolitik utk  mendapat nama,kekayaan tapi prihatinlah kepada rakyat yang mengundi anda .sekian :)

lapO

selamat tengahari!selamat makan! mesti hampa tengah melahap makanan kan?makan ape lunch ni?aku sekarang tak makan lagi..selagi my mum x balik,jangan harap ley makan.nak masak sendiri malas..so,makan nasi kedai je la..haha2!

ESOK!
1 November 2011 (:
bulan baru!all the best,guys!
(:



baby baru! bukan anak saya,opekoz! :P

hello,peeps!
Amacam,ensem dak?
my cousin baru dua minggu.comelkan?geram.nak cubit2 pipi boolat tu :D Raheesh Fayyad !cantikkan nama dia? ada makna tersendiri taw!Alhamdulillah,sehat (:dilahirkan pada17th Oct 2011 !Semoga Raheesh menjadi anak yang menghormati ibu bapa dan seorang hamba yang beriman...Amin (:



Sunday, October 30, 2011

aku rasa dia comel


Minho SHINee! mesti semua orang kenal kan?eh,tapi ade jugak yang tak kenal.mak aku,tokwan aku mestila tak kenalkan.Erra Fazura,Erra Farida ?haha,padahal nak cerita Eira Shazira..haha,serius lawak!aku gelak 2hari tak stop2!haha,tipu bebenor!okay,dah! :)
Minho SHINee bagi aku dia comellll.aku penah tengok dia kat KBS :') shomellll sangat.aku tak kenal dia pun.aku tak suka korean drama,atau korean artist..aku tengok Boys Over Flower (BOF) je.yang aku tau Lee Min Ho je! so now,tambah sorang lagi dlm hati aku!haha..Minho SHINee :)










mcm manala aku tak terpikat..comellll! :)


memperabehkan duit !


haha..last day,family aku pegi shopping kat Pasific,Alor Setar..tapi aku tak puas hati sbb aku nak rembat pashima plain,tapi mak aku tak bagi..uwaaa!nasib baik xtergolek dan hentak2 kaki kat situ..hehe! :P
pastu,aku berpecah dengan mak aku..mak aku pi teman kak aku rembat baju,yang aku p teman adik2 aku beli barang kat popular..yang aku geram,depa bukan tengok satu dua benda ja,banyak yang depa rembat..muka aku memang muka nak belasah orang,lambat gila depa pilih barang..aiyok!lepas tu,aku dpt berita yang mak aku pilih baju,seluar kat aku!uwaaa..nak pilih sendiri..dahla seluar tu mahal,tak cantik pulak tu! :( masa tu,rasa mcm nak mogok lapar pulak !tapi tu la,Mcd kat situ,buat aku lapaq,so cancel mogok lapar tu..
TAPI..
nasib baik dapat teddy yang comellll!mood aku yang teruk gila tadi bertukar!:)
teddy tu aku letak nama dia BIEBER!oh yeah,bieber fever!baby baby baby ooohhh :P
kau hensemla bieber! :)




Tuesday, October 25, 2011

aku karang novel

weyh aku nak bagitau hampa dan hampa(hampa dlm loghat kedah means kamu) yang aku tengah siapkan penulisan novel aku.aku takla mcm Damya Hanna dan penulis novel yang top2,aku mngharap yang terbaik dalam novel pertama aku ni :) aku try sebaik yang mungkin..tapi sekarang aku terpaksa tangguhkan karang novel dulu..sbb exam STPM aku tinggal 26hari saja lagi...ketaq lutut..rasa mcm2 nak tercabut *auta XD aku harap ampa semua doakan kejayaan aku..

*aku takla suka sgt baca novel..tapi aku minat buat cerpen..so now,aku nak jugak try hasilkan novel.aku tak hebat mana pun..tapi nak jadi yang terbaik dari terbaik ! aku pasti boleh!
* aku ambik subjek * P.am * B.melayu * Ekonomi * Geografi
subjek ekonomi tu paling aku gerun..doakan aku lulus dan bukan setakat lulus saja,nak jugak dapat 4A :)
* novel pertama yang aku baca ,Bisikan Rindu,Mimie Afinie.best!


1Malaysia !

berlagak sikit lepas ada signature kat blog!haha

weee~aku nak belagak ade signature kat blog...
tapi ku taktau apa dah jadi..
okla tu :)sebenaqnya nak buat kot lain,jadi lain la pulak!
Alamak,Alapak.. :)takpala..asalkan ada signature!haha
so now,bila aku post entry lekatla signature ni :)
HAIYA !

Sunday, October 23, 2011

aku tak suka :(

assalamualaikum,kawan-kawan!
aku tak suka la orang jenis macam ni.perangai hodoh tau!
1)dengki dgn orang lain.
2)buat-buat suka kat orang tu padahal kat belakang kutuk orang tu berbakul-bakul.
3)merendah-rendahkan someone walaupun diri dia terumbang-ambing/tak perfect.
4)suka pinjam harta orang,tak bagi balik @ harta orang tu rosak.walaupun ganti,tetap tak sama oke.
5)bila memandu,asyik hon orang depan..buta ka apa..kereta banyak,jalan jammed.sabaq la sama.
6)puji diri sendiri!ahaha.ni yang xboleh bla..orang gila tak mengaku dia gila..tambah orang baik,mana mengaku yg dia baik..orang yang mengaku dan puji diri dia ni gila jugakla noh XD
7)ambik kesempatan dengan orang yang baik dengan dia..paksa orang buat assignment untuk dia setiap masa.tak penah buat assignment sendiri..hat ni yang tak suka.tampaq satgi baru tau! :)
8)meragui kebaikan orang!haiya


macam-macam lagi la..tak larat nak taip..tu saja info yang aku boleh share dgn hampa!
study elok2 noh! banggakan mak bapak kita tau! :)

Saturday, October 22, 2011

aku tengah mengira!xsabauuu nak jawab pekse!ah,poyo!

aku ketaq.tak tentu arah..pegang buku pun rasa mcm Parkinson :(
ha la,malaih nak baca buku..tapi pegang gak buku..
dengaq sini orang2 kampung!
aku ni budak uppersix..so,ade STPM yang bakal menjelma..kalau raya yang bakal menjelma,aku syokla jugak..ni dak,STPM yg buat aku ketaq,gelabah,nervous!haha!

31 hari sahaja lagi .
pulun jangan xpulun!

aku nak banggakan semua orang terutama arwah abah,Allahyarham Cikgu Zainol Bin Ani,mak aku..tok wan aku,tok aku,along aku,adik2 aku...ouh,kalau aku dpt pointer 3.5keatas aku buat ucapan panjang lagi la drp nieh!.nak buat teks ucapan siap2 boleh?ouh,hat ni aku pulun,bab belajaq aku malaih(hg ikut perangai sapa la ezreen oiii)

malula kalau xboleh masuk 'U' balik..aritu,masuk 'U',p keluar...ambek form6..lepaih form6,xleh nak buat perangai keluaq U lagi..satgi mak aku suruh aku jadi makcik cleaner ka,makcik kantin ka :(

btw,aku sekarang ada ibu angkat yang sgt baik dan memahami..aku panggil dia IBU..dia makcik kantin sekolah aku..dia baik dgn semua org..jenis boleh masuk kepala dgn student2 semua..takdakla kami tension,kalau tension aku teriuh lari p kat ibu aku. :)

lastly,aku harap pelajar SPM dan STPM akan buat yang terbaik untuk kebahagian semua orang terutama parents kita kan?hmmmm,amanah yg berat tuh :)
kepada adik aku,pembuli yang tegar SELAMAT BERJAYA!Inshaallah,Ina boleh..buat elok2 :)
kepada kwn2 aku aku tau hampa boleh!semangat hampa tu sgt tinggi!Inshaallah,kejayaan menanti hampa :)
kepada Nur Syafiqah Johari ! gud luck sayangs!aku tau aku selalu buli hang!pastu hang merajuk dlm rindu!haha :D

byebye! :)



Monday, October 17, 2011

Terkejut!

assalamualaikum,sayangs!
bukan kamu,org sebelah kamu tu la! hee~
lawak sengal! okay,sebenaqnya bulan ni,bulan yg paling buat aku terkejut...
ramai orang yang aku kenal pergi menghadap Ilahi dan ada jugak yang sedang ditimpa musibah(sakit)..aku sangat sedih sebab tak boleh nak tolong depa..tapi aku ada satu cara ja,BERDOA!
Tok abah aku telah pegi menghadap Ilahi,Sabtu lepas,anak pakya kantin meninggal sbb xcident..aku takdak la rapat sgt dgn anak dia.cuma aku sedih sbb pakya kantin tu ada anak dua orang ja..sekarang tinggai sorang.aku harap2 depa tabah menghadapi ujian Allah..Ingat! : Allah sayang kepada orang yang bersabar dengan ujian-Nya.berusaha dan bersemangat untuk teruskan kehidupan..kita pulak taktau la bila nak 'pi'..so,tambah2kanlah amalan akhirat..jgn dok pikiaq dunia ja taw!satu berita buruk lagi,mak kawan aku,sakit teruk.dok kat ward tenat..kena bantuan mesin utk hidup..so,aku harap family dia pikiaq bijak2 la...lepaskanlah beliau pergi dengan rela dan tenang sbb kesian tengok beliau hidup dgn menggunakan mesin...lepaskanlah...derita kan kita tengok org kesayangan kita mcm tu?harap depa buat keputusan dengan sebaiknya ...

Semoga roh mereka tenang diSANA..Al-fatihah :(
Alfatihah.

Saturday, September 3, 2011

tak best tapi bersyukur!

assalamualaikum!
sangat bersyukur sebab boleh berpuasa dan sambut aidilfitri lagi .sangat bersyukur.Alhamdulillah.nak update pasal raya,tapi takdak yang menarik pun!


RAYA BEST SEBAB
1) boleh makan ketupat lemang macam biasa,walaupun xboleh hentam banyak-banyak ! 
2) raya dekat rumah tok wan ! sehari sebelum raya dah ada dekat sana,sejak dulu, xpenah duk rumah tokwan kuala nerang sehari sebelum raya.selalu balik,petang raya !
3) ada sepupu yang boleh dibuli.
4)badan sehat semasa raya.Alhamdulillah,!
5) kawan2 KBU mai umah! serius,ketaq ! :)




RAYA TAK BEST SEBAB
1) cuti raya cuma seminggu.
2) tak dapat beraya dengan arwah abah buat selama-lamanya.
3) masa buat kenduri raya ketiga,banyak kecacatan .
4) duit raya tak sebaldi macam dulu.
5) exam dah nak dekat! next week!


sekian! 
ni je la gambar yg aku dpt kutip!
wee,family besar .
kami tak ramai pun :)

kad raya yang aku buat sendiri..
best kot buat sendiri..walaupun xdela secantik
 yg dijual kat kdai..hehehe.. :)

Monday, August 22, 2011

KAMI BLOGGER UTARA ~


opekoz aku orang utagha.! ezreen farhanim zainol .aku duk kat Pendang,Kedah .inshaallah ,aku akan jadi member KBU yang sejati.aku tengok group KBU macam gempak..so,aku nak join sekarang .aku ghasa utara yang paling best! dari semua aspek,utara paling gempak.aku rasa bahasa kita,unikk..dan rakyat Malaysia senang dan selesa berbahasa utara kan?makanan mau gempak la beb!(wah,awat ala2 macam gangster ni, ==!) bagi sapa2 yang jengah blog aku(orang utara,study/kerja kat utara) amat dialukan la.agak rugi tak join.inshaallah,group ni gempak dan hebat.

hampa nak join try la jenguk blog akak ni :kak GKSB .dia admin KBU
sekian terima kasih
hampa jaga diri tuh.nak raya ni.satgi beraya kat hospital pulak..!kesian..hehe
selamat hari raya :)


Saturday, August 20, 2011

yang bernama manusia : susah sangat ke nak jadi manusia ?

entry kali nie ditaip adalah untuk menegur insan yang bernama manusia(aku pun manusia jugak) pernah tengok manusia apabila kita tegur,dia masih tidak ubah sikapnya? apa yang anda buat? susah sangat ka nak jadi manusia?teguran yang baik untuk jadikan anda manusia yang baik..if anda pekakkan telinga daripada mendengar nasihat yang baik,anda boleh masuk dalam golongan ,MANUSIA YANG XPERLU DILAYAN .bila kita buat macam tu kat depa,depa akan rasa "ish,budak ni xtegoq aku ka hari ni" resah gelisah pulak orang xtegoq bila dia buat salah .

tak mau emo2.batal posa satgi...harap Allah bukakkan pintu hidayah kepada mereka .kita pun perlu muhasabah diri untuk jadi terbaik dari yang terbaik.sapa tak mau kan?semua nak jadi baik..nak jadi baik sangat senang.yang nak jadi jahat ja susah.dok pikir macam2 plan untuk buat jahat.lagi susahkan? "macam mana eh nak pi pecah masuk rumah pak abu?" , "apa plan hang nak buli budak Ali tuh? "...kan dah cakap susah jadi jahat.baik jadi baik...duk umah diam2.takdakla menyusahkan orang lain.jangan menconteng arang ke muka orang tua kita yang berpenat lelah menjaga dan mendidik kita.

sesudahla membebel,ezreen XD
sekian~

jangan buat jahat.duk elok2.bahagia hidup :)

FIRST GIVEAWAY BY CIK ILAGULA :')


giveaway,giveaway ! nak join ! siapkan entry ni dulu baru CIK ILAGULA bagi pashmina .hehe !
sebab apa saya nakkkkkk sangat hadiah yang CIK ILA offer tuh ?
(1) saya memang gila pashmina . semua pashmina saya kaut ! sebab pashmina lebih selesa dan mudah sebenarnya.xguna pin pun boleh belit.no hal bro :D  lebih cepat dan mudah dan warna dia yang sangat menarik.ada lagi .....pashmina sangat murah u ollss.pashmina dalam harga RM12 pun hampa semua boleh dapat.ada banyak kaitan pashmina dengan saya.maksu saya pernah jual pashmina(saya kaut semua!)pewiitt,serius,pashmina sangat cantik..simple tapi memukau ! yang tak comel macam saya boleh jadi comel tau!lepas tu,kawan-kawan memang ramai yang "taksub" dengan pashmina.actually,muka saya memang tak sesuai dengan tudung bawal.kalaulah pi sekolah boleh pakai pashmina(jangan harapla ezreen :D) saya terjatuh cinta dengan pashmina apabila tengok Kak Dina(Wardina Saffiyyah) pakai.nampak anggun ~sapa tak mau jadi anggun macam wardina kan? hehehe :') inspirasi saya tuh.pashmina sebenarnya untuk gadis yang sukakan fashion..mungkin shawl(singgat) agak tidak menutup aurat sebab tidak memenuhi kriteria muslimah..tapi boleh ja pakai,asalkan tak terlalu singgat(pendek) dan nampak sweet :)so,apa lagi..sarungkan pashmina sekarang..CIK ILA pun suka pashmina ~ :')

(2) memang suka masuk giveaway,giveaway ni.
cuma menang belum pernah lagi...mungkin bukan rezeki.. rezeki saya dekat giveaway CIK ILA ke(tettttt!)Bagi saya giveaway ni adalah salah satu langkah untuk memperlihatkan kita sebagai bloggers yang kreatif dan dapat menarik minat bloggers lain agar dapat memenuhi masa dengan berfaedah daripada bergosip di FB dan twitter ..hehe :') saya lihat soalan giveaway semua blogger berlainan dan ia salah satu cara untuk menarik bloggers supaya menjengah/melihat blog tuan yang buat giveaway

oh,tolongla ..dah bermimpi nak dapat pashmina tuh .. :')
disebabkan laptop demam campak saya akhiri contengconteng saya dengan ucapan terima kasih kerana telah mengadakan giveaway..! tambah2 hadiah pashmina tuh(berkelip2 mata! nak dapat benda freeeee! hehe) salam perkenalan/salam ukhuwah..! selamat berpuasa
pasal tag kawan tu,tak mintak permission lagi..nanti saya update lain..tengah mintak kebenaran dari mereka :')
inshaallah,pashmina tuh akan saya rampas(yakin,megah! poyos !==')
assalamualaikum ..


along saya : http://elisafarhanazainol.blogspot.com/
akak fatin : http://fatinazizan.blogspot.com/
akak fai    : http://warnawarnipelangi67.blogspot.com/


dah tag semua :') terimakasih ..

Muslim di Malaysia runsing tentang perkara INI

Ini merujuk kepada halal/haram sesuatu makanan .Sebagaimana yang kita tahu,semua produk meletakkan tanda HALAL tapi tidak semestinya produk itu halal.Jenis produk yang perlu kita ambil berat halal/haram ialah ,produk makanan ,kosmetik , ubat-ubatan dan barang keperluan seharian (ubat gigi,sabun,berus gigi) .Anda yakin produk yang anda beli semuanya halal?Bagi mereka yang ragu-ragu dalam halal/haram produk makanan,so anda tidak perlu membelinya dan boleh menukar ke jenama yang lebih diyakini semua umat Islam.sekarangkan banyak maklumat tentang halal/haram,ada yang mengambil tahu tentangnya(masyarakat yg prihatin/pengguna yang bijak) dan ada jugak yang tidak mengendahkannya.Setiap hari ada saja maklumat tentang produk ni haram,produk tu haram ..so,kalau anda mendapat info tentangnya,stop sekejap menggunakannya dan apabila JAKIM yakin kehalalan produk tersebut ,anda xperlu ragu dan boleh terus menggunakan produk tersebut :')

Semua orang tahu bahawa produk yang haram boleh memudaratkan kesihatan/ mengganggu saraf otak...so,ibu bapa tolongla sangat2,check produk halal dan haram .kita pun confused kan? "isshhh,macam mana aku nak tau ni haram ke dak?ada tanda halal.nak baca kod(bahan2) xpaham .JAKIM xboleh terus mengistiharkan sesuatu barang itu haram apa bila mendapat berita daripada berita masyarat,mereka harus mengkajinya terlebih dahulu dan tidak boleh bertindak melulu kerana ia boleh menjatuhkan maruah sesebuah syarikat pengeluaran produk.

Satu lagi ,saya pun musykil kenapa umat Islam masih makan di gerai/restoran bukan muslim?sebagaimana yang kita tahu,kita haruslah makan digerai yang diyakini halal.macam mana nak yakin diri kita bahawa gerai itu halal? meh ,nak bagitau .mula2 tengok restoran tu,muslim or non-muslim?lepas tu tengok sijil halal yang diberi oleh Jakim,then,tengok kebersihan restoran tuh..seharusnya kita check kebersihan restoran tuh...kalau dah nampak restoran penuh tikus/lipas dan kotor ,tolongla makan di tempat lain..kalau pengusaha restoran tu pelik kenapa xdak orang makan dekat restoran dia,bagitau dia sebabnya. "pakcik,kedai pakcik tidak mengamalkan kebersihan yang baik,kami nak cari restoran yang halal dan bersih kerana kami pengguna yang bijak dan masyarakat yang prihatin"terima kasih :')

sekian :')
mungkin saya menggunakan penggunaan ayat yang salah sebab saya nak meringkaskannya..
happy reading :')
selamat bersahur ..
10 hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut hari kemenangan(hari raya puasa) :')
survey makanan yang anda nak makan .
kalau halal,xboleh ada ragu2 dalam
diri tuh..urm,yummy!

inshaallah,logo original !yg ini.yg ni..

Friday, August 19, 2011

now : AKU

actually,entah..tertiba nak bahasakan diri dalam belog ni ,AKU..
suka hati la kan? hehehe
baru sempoi ,cik mat poi ! lolxx
sesuaikan diri dulu ya..tgokla.kalau best and cam sesuai,gunala Aku,kalau xsesuai ,guna saya balik :')
aku nak pi masak.
aku nak pi makan sahur.
nice wut? hehehe
selamat bersahur kawan-kawan :)
makanan ketika sahur!xmakan nasik ~xlalu.
tapi makan banyak dari berbuka.aiyok

roti bakar..makanan wajib...fuh! yummy


Tuesday, August 16, 2011

si budak comel ~

okay,entry ni khas tuk rayessa si budak kurus .hehe she's my kazen..beza bangat muka kazen2 dengan saya.hahaha !next year dah nak masuk year 1 ...24/7 baca buku/mewarna/melukis .mai bagi gambaq ! tryla.pastu dia akan lukis.beza skit la dari gambaq yang sebenaq >.< nak sangat anak yang comel mcm dia.betuah paksu dan maksu..dah besar,rayessa.takleh manja2! adik dah nak masuk 2org(inshaallah,next month,si rayessa dapat adik baru ! yay.kazen dia yg excited lebih !hehe...nak share gambaq2 yang boleh buat saya kata "rayessa,comella :)"







muslimah sejati :)

semoga rayessa menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat .Amin

Monday, August 15, 2011

english oh english~

"ezreen,kenapa result english awak teruk sangat ni?"terkezzzutt english dapat teruk padahal karang sampai nak gilosss >.< sebab tu la dulu benci sangat kat english ni..! rasa macam nak skip kelas tapi tu la,anak cikgu ,xboleh buat salah sikit,heboh satu sekolah..fuhh! form 1-3 : satu skul dengan arwah abah ,form 4-6 : satu skul dengan mak..mmg tak boleh buat jahat langsung~susah tau budak jahat cam saya nak control buat baek 24/7 ! haha..

dari kecik sampai ke besaq benci english...tapi tu la,kalau kita cakap benci lagila kita tak pandaikan?masuk form 4 terminat english sebab nak lawan dengan adik ,elina fazliana ..malu la kalau adik terer english,akaknya hampeh kan?! so,masa dalam kelas,walaupun jawab salah,essay cam hampeh tetap semangat nak improve dari segi speaking and writing.writing cam boleh tahanlah.mai kat speaking .erk ,erk , erk (gagap dah mai!) sebab 100% cakap bahasa Melayu(bajet macam bahasa Melayu terer!>.<) tapi Alhamdulillah,berkat speaking 24hours(setakat kata IDK,Tqvm,may i borrow your pen,bag etc .budak tadika pun boleh.hahaha )

masa kat UIA ,memang speaking ja..tak boleh cakap melayu..sebab tu orang cakap saya budak baek(pdhal english macam apa tah >.< start masuk UIA la memang semangat belajar english betul2 .bila tengok kawan2 cakap english,fuh ! omputeh !omputeh ! nak jugak . lagipun kazen yang kecik2 semua pandai speaking...thats why dah berubah..dari benci bertukar suka/sayang english ! hehehe

masuk form 6,english pun kena power kan? harap2 bolehlah buat (speaking,writing,listening and reading) .
i trust myself..go go chayok ! yehaa :)




ya,ya.. ! :) i luv english 

Friday, August 12, 2011

bersederhana ketika bersahur dan berbuka . SANGAT DIGALAKKAN ! umat Islam boleh melakukannya

Assalamualaikum .
ouh,rasa lain macamlah Ramadhan kali ni.perasaan yang b'campur baur . 'gembira,excited ,sedih'..
gembira sebab masih boleh berpuasa this ramadhan ,excited sebab x sbr nak jawab soklan trial (after raya) haha! excited la sangat ==! padahal excited sebab nak raya.yuhhhuuu.uppss!,lupa diri la pulak....hehehe.sedih sebab tak dapat sambut ramadhan dengan abah saya :( nak sangat tapi tak mungkin boleh ...sobbbsss ! wahai ezreen,tabahkanlah dirimu.semoga abah bahagia di SANA...Amin..

okay,berbalik kpd tajuk yg sebenar...bersederhana dari segi penyediaan makanan ketika bersahur dan berbuka puasa.Hal ini boleh mengelakkan daripada berlakunya pembaziran makanan.rugikan kalau kita beli byk2,lepas tu buang?? Allah sangat benci kepada mereka yang membazir dan tidak tahu hargai rezeki yang telah diberikan olehNya. Macam ni lah...kalau boleh beli makanan yang teringin kita makan...makanan yang PALING kita nak..tulis siap2 di kertas sebagai nota ketika beli...so,kita takkan membeli makanan mengikut nafsu dan ia dapat menjimatkan perbelanjaan kita...tapi tu lah,masih ada lagi pembaziran yang dilakukan oleh umat Islam ketika bulan puasa ...

Ouh,ada juga umat Islam yang membeli makanan untuk didermakan kepada anak yatim ..wah,sangat muliakan?Alhamdulillah :') ..ada juga diantara kita yang beli untuk bekalan sahur nanti... boleh jugak.takde masalah...keluarga saya pun sentiasa bersederhana dalam bulan ramadhan...sebab mak tanya dulu,makanan apa yang adik-beradik kami nak makan sebelum pegi bazar ramadhan...siap listkan..so,adik-adik beli berdasarkan senarai yang dah kami buat.senang kan? hehehe

elakkan pembaziran wahai kawan-kawan.so,tak terkuranglah pahala puasa kita apabila dapat mengelakkan melakukan perkara yang dibenci Allah :)
salam ramadhan...salam perkenalan kepada sape2 yang follow saya... :)

Wednesday, August 10, 2011

mesti PELIK kan ?!

assalamualaikum,pembaca yang tegar !hehe
oke.ada berita yang tak baik terjadi .. tau x apa ?SAYA DEMAM PANAS YANG TERAMAT TERUK
dugaan di bulan yang penuh barakah ni?ouh,sgt tercabar :'( demam 6hari u olllss.bygkanlah ~
sbb : MINUM ICE-BLENDED pukul 12am(ambek kau.mau xdemam...!) bertuah sungguh anak mak yg shomel ni :D mase tuh kat umah tok.bajet tok nak makan ice-blended,tok makan sikit ja.saya hentam sampai pening kepala...dugaan oh dugaan.asyik baring + tidoq + minum susu ! uwaaaa.nak jus epal .mana ilangnya ais2 di rumah ni? mmg siyes pun sakit saya..sampai doc. pun terkejut.nasib baek xkena tahan di ward.takmau buat dah ice-blended pukul 12am .angah insaf ! grrrrrr ~


sebab tu lah saya xupdate blog ni.BLOG USANG ! sian3 :D
skrg pun tengah sakit lagi.tapi Alhamdulillah dengan semangat dan doa2 orang yang sayang saya,demam saya dah semakin pulih.terima kasih noh :')inshaallah,kalau dah sehat sepenuhnya nanti,saya update blog sampai pengsan .kekeke..


wait,bahagia bila Bieber putus ngan Selena.ade peluang ! perasan :D
byebye,kawan2
happy fasting ! jgn ponteng posa .satgi Allah marah :')

Thursday, August 4, 2011

seller yang tipu cust. .bulan puasa pun tetap tak berubah.

Ya Allah ,
Engkau bukakanlah pintu hati seorang hambaMu itu.Engkau berikanlah hidayah kepadanya.AMIN

Assalamualaikum
hello,peeps !
entry kali ni nak cerita @ gosip2 tentang seller yang selalu menipu cust.tetap class gosip2 saya !
hehe.xboleh bagitau nama FB dia.jap gi dia block saya :') saya tengah menyiasat tentang dia.dah 30kali orang post kat wall dia tak hantar barang.padahal customer dah transfer duit kat bank dia(xsilap,dia guna acc. Maybank kot)lepas tu,dia terus enable wall sebab xnak orang hantar benda tu...

sekarang,setiap kali customer komen dia tak antar barang,seller tu terus buat mcm2 alasan.contoh :hari tu dia bagitau barang tu ready stock,after cust. bank in duit,dia cakap barang tu pre-order.customer tu geram  + sedih gila.mau xsedih.kita ingat boleh dapat barang tu...byk alasan seller tuh.lepas tu dia terus block someone yg kacau hidup dia(cust. yg xdapat barang tuh) bajet nak refund balik.padahal xbuat pun.janji tetap janji.awak(seller) tu dah la orang Islam,malu sangat la.sekarang seller tu guna iPhone youuu . saya tetap Nokia Cokia tuh :D

then,satu benda yang xboleh bla bila barang dia dalam 50pcs (setiap satu ) .dalam seminggu terus tinggal 10pcs.bajet ramai orang beli.tipu ngat aih .aiyoyo.awal2 tu dia letak harga mahal keesokkannya dia terus buat SALE.sangatlah x logik kan? penipu yang tak bijak. contoh : dia jual maxi dress harga RM58 (dia letak RM88) esok terus dia buat SALE jual (RM58) ingat orang Malaysia ni bod** sangat ke? hurmmmm. terkilan dia buat macam tuh .


peringatan kepada kalian yang suka on9 shopping.jaga2.dah ramai seller yang tipu cust. .beli dengan bijak ya.tengok kalau ada testimoni dalam FB seller baru beli.lau takdak,atleast tengok orang2 komen kat FB dia.lau orang tu asyik mintak refund duit dan mintak barang,pls la..jgn berurusan dengan orang itu..
saya pun dah banyak bagitau cust. yang nak beli barang dia...dah tak tahan.kesian kepada orang yang ditipu. :'(

HAPPY SHOPPING :')
with luv <3
ezreen yang busuk :D

Sunday, July 31, 2011

haiya! sumpah geram ! sakit hati.sakit jiwa .

geram dengan orang bodoh sombong .
menyampah sangat.padahal dia langsung xtau apa2.anti gila ngan org macam tuh.sawan ka apa tah.nak bertekak,tapi dia xdak ilmu bab tu.tetap nak menang.sepak nanti baru tawuk !sorry entry kali ni agak kasar.sejak masuk formsix tekanan semakin banyak.asyik gaduh ja..malas layan tapi dah org tu tetap sakitkan hati kita ,sapa yang boleh tahan.semua pendapat kita xmau dengar,just nak ikut suka dia ja,bila cikgu marah,mula buat muka seposen .haiya! tahu la cantek pun(cantek ke !)

geram dengan orang cantek tapi berlagak cam DIVA
haiya.ni satu hal lagi.Datuk K pun x berlagak cam dia(eh,Datuk Siti la) ! wutever .tapi sombong banget kamu.tampar nanti baru tawuk!itukan kurniaan Allah..Allah tarik balik nanti,baru hilang sombongnya~

oklah,cukup2la mengamuk lam blog.satgi mak tarik telinga pulak~muahaha
kamu semua jgn jadi macam ni tau ..xpsl2 sy sepak laju2 kot nanti.............
kbye
luv you <3

Saturday, July 30, 2011

pangkor island sambut kami dengan senyuman. :D

ello,kawan2 saya yg comey2 :)
ok,mesti pelik bila kwn2 saya budak2 formsix SMKP .actually,saya dah kuar dari UIA Nilai disebabkan alasan yang tertentu(alasan yg munasabah oke ! grrr)takyah duk kata pa.pangkor mmg cantek pun.pantai yg sgt cantek dan jernih.budak2 uppersix SMKP (yg ambek geografi saja ! yg ambek sejarah,duk senyap2 kat skul) haha !kami byk jugakla dapat sponsor(bukan saya yg cari sponsor,wajiblah kan?!)
kalau nak cerita semua 3entry pun x abes kan.so,t'paksa dipendek-pendekkan(sensitif sgt pendek2 ni.sbb sy t'sgtla pendek) =.=
ok,senyum xperlu kata apa2 :') ok itu bukan senyum tapi sengih :D


kami p 3H2M . saya yang b'kulit gelap lagila b'tambah gelap.kawan2 sgt sporting.happening gila walaupun demam dua hari kat sana :(oh,dah trauma nek bot yg t'umbang-ambing tu.(siyes takOt)
kononnya,xmau mandi.tapi tu la,skit2 kaki masuk dalam air,terus duduk !(ambek kau)
baju bawak cukup2 ja( beli tambahan kat pekan pangkor) haha !pantai yg sgt2 cantek (anugerah Allah tiada bandingan kan)kami melawat byk tempat (saya pergi untuk kumpulkan makanan ja!)
penat berjalan :) masa dekat Lumut kami p belasah cendol & ais kacang!(cendol yg yummy.siyes yummy)


pastu kami balik ke Kedah.disambut adik-adik tapi t'paksa bukak pintu sendiri!aiyoyo.adik dah tidoq !
ok.disebabkan keletihan yang t'amat,tidoq sambil bunyi meowww(ala2,comel gitu =.=)
ok.salam b'gumbira.
wait,lupa .tetap nak tunjuk gambaq ! lau hampa jelez,mai habaq :Dhe
gambaq edit.nampak cam air kotor lak kan?
haha.jernih gila la :)

sesi p'bincangan.saya jugak kena bentang.
geram nih,geram.kawan2 saya yg comey :)


tarik! tarik! ni bukannya lwn tarik tali .
ni nak ukuq panjang pantai :)


kita bersama :)

kawan2 saya yg sgt baek dan prihatin

bot2 yg x seimbang ! takot nek bot!
rasa cam pa tah.aiyoyo

posa ! tapi sllu xsabar nak raye ~kekeke :)

as salam,hamba Allah !
ok,next monday semua umat Islam diwajibkan puasa.
kamu semua tau tak sbb ape kita perlu puasa?
meh3,opah nak cite :) puasa tidak hanya untuk mendapat pahala atas amalan kita yang wajib sebagai umat Islam,selain solat 5waktu dan membayar zakat dalam rukun Islam tetapi ia sebenarnya utk mendisiplin keinginan dan nafsu yang t'pendam dalam diri orang muslim supaya kita sentiasa berada pada landasan yang betul dalam segala tindak-tanduk kita.so,itulah jawapannya.
hafal tau ! nanti opah tanya tak ingat,SIAPla! :P
01.08.2011
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA 2011
semoga kita sentiasa berada dalam keadaan tenang dan tidak merungut ketika b'puasa dan sentiasa menjalani ibadah b'ganda(solat sunat,tarawih,baca al-quran)
nanti saya update makanan masa puasa.kita terjah bazar ramadhan.selalunya,bulan puasalah kita makan banyak tapi jangan membazir.xperlu beli banyak tapi kalau dah beli banyak untuk b'sedekah digalakkan(jgn lupa hantar kat umah saya sama.selalu menunggu makanan dari kalian.haha !)
bila solat tarawih,mesti dapat moreh/makanan kan? so,bagi mereka yg b'kemampuan.bolehlah sediakan makanan untuk muslimin dan muslimat yang pergi solat tarawih tuh.
KITA SEMUA SAYANG ALLAH :)


Monday, July 25, 2011

musim rambutan dah tiba ! :)

ni lah umah tok saya.nyaman sangat :)
merah menyala hehe.sedap2.
makan sampai demam :(

as salam lama x update blog.blog dah jadi blog usang :P
kesian3 :D
takpe,dah nak update nie :)


last week,kami terjah umah tok dan tokwan.bukan nak p ambek rambutan ja ,tp p melawat skali lah :P
kami telah 'runtuhkan' b'berapa btg  pokok rambutan yg kebanyakannya dah masak.merah menyala.O Allah !
walaupun kami pendek,tetap boleh yo ! tp byk sgt semut.nak dkt sejuta serang buah rambutan.ganaih sungguh semut2 itu :( lepas je kami dapat seguni buah rambutan(dgn tangkainya skali yo!) kami teruih balik(nmpak sgt balik kampung juz nak ambek rambutan.adoy3)apa la cucu2 tok dan tokwan ni.disebabkan kazen2 kami duk jauh,so depa x boleh la berebut rambutan dengan kami
yehaaaaaaaa.padan muka :D


kami teruih balik.penat dan tidoq.sekian !
keesokkan harinya kami teruih telan buah rambutan dengan senyuman yg penuh kepura-puraan.
makaseh ya tok dan tokwan
luv u <3 hehe


meh3,nak bagi jelez lagi .ahaha ! :P